Saya merupakan salah seorang usahawan online yang giat menjual ebook. Saya juga salah seorang usahawan online yang giat menjual produk fizikal. Lagi, saya juga salah seorang usahawan yang giat menjual produk perkhidmatan.
Kebanyakan masa saya diluangkan dengan membuat iklan. Iklan di facebook, iklan di blog, iklan di majalah online dan bermacam-macam tempat lagi. Saya rasa bersemangat, yakin yang saya boleh menjual. Dan pada masa yang sama saya juga giat pergi ke seminar-seminar untuk belajar menjual online.
Saya diajar untuk lakarkan mesej-mesej iklan dengan teknik-teknik dan strategi yang saya rasa memang "power gila". ( itu yang dikatakan oleh mereka). Saya diajar untuk hamparkan mesej yang sama pada semua orang.
Katanya, "Masukan masalah dalam mesej iklan kita, supaya mereka terkesan". Atau "Masukan kesakitan atau solusi ke dalam mesej iklan kita supaya mereka ambil tindakan". Dan saya akui ianya memang boleh berkesan. Tapi bukan pada semua orang boleh kita hamparkan masalah, kesakitan dan solusi.
Kemudian saya diberitahu lagi, "Mesej iklan kita perlu sasarkan kepada mereka yang mempunyai masalah. Kemudian bagitahu mereka produk atau perkhidmatan kita boleh selesaikan masalah mereka". Itu yang diberitahu. Dan saya percaya.
Saya percaya ianya berkesan. Saya percaya ianya boleh buatkan prospek ambil tindakan. Tapi saya buntu. Kerana mesej iklan saya banyak yang gagal. Kerana bukan semua sasaran prospek kita dalam kategori yang bermasalah. Bukan semua prospek kita dalam kategori yang mencari solusi.
Ini yang saya nak kongsi. Mesej-mesej iklan kita hanya boleh disampaikan dengan merujuk kepada 5 tahap kesedaran prospek. 5 tahap kesedaran prospek ini adalah penentu mesej kita tepat pada sasaran atau tidak. Dengan kata lain,
"Mesej-mesej iklan yang tepat adalah bergantung kepada 5 tahap kesedaran"
Tanpa faham 5 tahap kesedaran prospek ini, mesej-mesej iklan kita tidak akan dapat pengaruhi prospek. 5 tahap kesedaran prospek ini mula diperkenalkan oleh lagenda copywriter Eugene Schwartz. Kata beliau, dengan faham 5 tahap kesedaran prospek, mesej - mesej iklan kita akan menjentik emosi mereka.
Sebab, kita membeli dengan emosi, bukan logik. Maka dengan emosi jualah mesej iklan kita dimasukan ke dalam minda prospek. Jadi, apakah sebenarnya 5 tahap kesedaran prospek?
1. Paling Sedar
Mereka sedar tentang produk anda, tahu keberkesanan produk anda, tapi sedang menunggu tawaran terbaik dari anda.
2. Sedar Produk
Mereka tahu produk anda berkesan, tapi masih belum bersedia untuk membeli.
3. Sedar Solusi
Mereka sedar tentang solusi yang mereka mahu, tapi mungkin dengan produk anda
4. Sedar Masalah
Mereka sedar yang mereka ada masalah, tapi tidak ada solusi.
5. Tiada Kesedaran
Mereka tiada kesedaran pada produk, solusi atau pun tidar sedar yang mereka ada masalah.
5 tahap kesedaran prospek ini adalah satu perkara yang wajib anda faham sebelum lontarkan mesej-mesej iklan. Saya percaya kefahaman anda pada 5 tahap kesedaran prospek ini akan menghasilkan mesej yang tepat pada sasaran yang tepat untuk yakinkan prospek membeli.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh dowload ebook percuma yang saya tulis khas untuk anda faham dengan lebih jelas lagi konsep 5 tahap kesedaran prospek. Download di sini.
image kredit Aidan Meyer
