Wednesday, 10 May 2017

Bila Prospek Di Tahap Sedar Produk


Buat duit dengan menulis

Jika anda belum baca tahap pertama, boleh baca di sini . Tahap ini adalah tahap di mana prospek sedar wujudnya produk yang boleh menyelesaikan masalah. Mereka juga sedar wujud produk lain yang juga boleh menyelesaikan masalah.

Prospek tahap ini boleh dikatakan agak cerewet. Mereka mempunyai pengetahuan produk. Mereka juga mahir tentang spesifikasi dan manafaat produk. Mereka masih mencari produk yang terbaik. Kerana mereka mungkin belum percaya sepenuhnya produk anda.

Ini di sebabkan ada mesej-mesej iklan produk lain yang sama dengan anda juga menawarkan manafaat yang sama. Di sini anda perlu kreatif. Anda perlu sampaikan manafaat produk anda dari sudut pandangan lain. Di samping itu juga anda perlu paparkan testimoni atau tawaran yang lebih lumayan untuk meyakinkan produk.

Di bawah adalah contoh iklan untuk prospek di tahap sedar produk :

copywriting

Iklan ini memulakan "headline" dengan produk iaitu "The Paltinum Card from American Express" sebab prospek sudah sedar akan kewujudan produk. Jadi untuk sasarkan mesej iklan pada sasaran ini yang memang sedang menunggu untuk diyakinkan, mereka tambah lagi manfaat yang prospek akan dapat iaitu, $200 in airline fee credits dan pengumpulan 40,000 point.

Semua ini adalah mesej untuk menjarakkan mereka dari saingan yang juga sedang menghantar mesej kepada prospek tahap ini. Untuk keterangan lanjut boleh download ebook 5 Tahap Kesedaran Prospek Yang Perlu Anda Tahu Untuk Pengaruhi Prospek Ambil Tindakan di ===>>> Ebook Percuma.