Friday, 5 May 2017

Bila Prospek di Tahap Paling Sedar


5 tahap kesedaran pelanggan

Di sini saya sertakan satu contoh. Saya rasa contoh ini paling bagus. (Ada lagi contoh bagus. Cuma saya suka Macbook itu ajer.) Seperti yang saya terangkan dalam ebook "5 Tahap Kesedaran Prospek" (boleh download di sini ) , prospek dalam kategori paling sedar adalah prospek yang telah menjadi pelanggan anda.

Prospek tahap ini ialah 'follower" anda, mereka yang telah membeli dengan anda, mereka yang telah membeli dengan anda berkali-kali atau mereka adalah ejen-ejen anda. Mereka tahu tentang produk anda, tahu tentang manafaat dan spesifikasi produk anda.

Mereka hanya menunggu  tawaran terbaik yang boleh anda berikan pada mereka. Samada diskaun, promosi, atau hadiah percuma. Di bawah adalah dari Apple. Mesej adalah secara langsung. Letak saja nama produk dan harga. Dengan membesarkan harganya sahaja Apple sudah boleh menjual Macbook tersebut.

"Dan prospek tahap ini memang ternanti-nanti tawaran terbaik yang anda boleh berikan."


P.s Untuk keterangan lanjut boleh download ebook 5 tahap kesedaran prospek yang anda perlu tahu untuk pengaruhi prospek ambil tindakan .