Tuesday, 25 April 2017

Dari Orang Asing Kepada Pelanggan Dengan Jenama


Tugas anda sebagai usahawan baru, untuk jadikan orang asing kepada pelanggan. Ini boleh dilakukan dengan membina jenama. Menurut, Cathy Goldwin, jenama memainkan peranan penting. Dengan jenama anda hadirkan kepercayaan kepada prospek.

Kepercayaan mereka terbina bila jenama anda semakin kukuh. Melalui jenama juga anda sebenarnya telah mencipta kesedaran kepada prospek. Ini kerana tahap kesedaran telah berubah dari tiada kesedaran tentang kewujudan produk anda kepada sedar akan wujudnya produk anda.

Itulah kelebihan jenama. Persoalan sekarang bagaimana membina jenama jika anda usahawan kecil-kecilan.


Kata Cathy Goldwin, membina jenama adalah bertujuan membina kepercayaan.  Caranya adalah dengan posisikan melalui dua cara :

1) Mulakan dengan cerita

Sebagai orang baru, anda boleh kaitkan cerita perniagaan anda dengan prospek. Dengan menjawab soalan berikut :

a) Bagaimana saya bermula?
b) Kenapa saya buat apa yang saya buat sekarang?

Jawapan ini akan buatkan prospek percaya pada anda. Kerana anda sendiri percaya pada apa yang anda buat.

2) Penyelesaian Masalah.

Anda adalah penyelesai masalah prospek. Ceritakan kisah bagaimana anda dapat selesaikan permasalah anda. Kaitkan dengan prospek. Cerita ini akan membina hubungan dengan prospek anda.

Dua perkara ini bukan untuk jadikan anda seorang yang bongkak. Tapi untuk prospek sedar kewujudan anda. Prospek memang suka mendengar cerita begini. Kerana mereka ingin kaitkan dengan kehidupan mereka.

Mereka ingin tahu bagaimana anda selesaikan masalah yang anda hadapi supaya mereka juga boleh selesaikan masalah mereka. Kemudian anda salurkan pada produk anda. Hanya dengan cara ini mereka berubah dari orang asing menjadi pelanggan anda.

Image credit to Alvaro Serranao