Image Credit to Eco Canada
Sudah jadi fitrah manusia untuk rasa bahagia, berjaya, berstatus, dipuji, sihat, melindungi dan dilindungi serta takut. Fitrah ini merupakan kehendak besar yang dikongsi oleh semua orang. Tiada yang terlepas. Dan ia telah wujud sejak manusia dilahirkan.
Kehendak besar ini juga adalah satu keinginan emosi yang tersembunyi. Hanya menunggu untuk di aktifkan. Sangat penting untuk anda sebagai usahawan faham ketika jalankan kempen pemasaran. Dengan memahami kehendak besar baru anda faham keinginan emosi yang datang dengan kehendak besar manusia.
Mungkin ada di antara berjuta-juta manusia berkongsi keinginan untuk turunkan berat badan. Menurunkan berat badan adalah satu keinginan yang ingin diperolehi oleh manusia tersebut bertujuan memenuhi kehendak besar mereka iaitu samada dipuji, sihat dan mungkin untuk merasa bahagia.
Sebagai seorang yang jalankan kempen pemasaran tidak kira produk atau perkhidmatan, perlu untuk anda faham perkara ini. Kerana dengan memahami perkara ini, anda akan dapat aktifkan satu pusat emosi yang sangat hebat dengan menyajikan mesej yang betul untuk prospek mengambil tindakan.
Soalan saya, adakah produk atau perkhidmatan anda dapat memenuhi keinginan berdasarkan kehendak besar mereka? Jika ya, bagaimana anda lakarkan mesej pemasaran anda pada mereka?
