Thursday, 16 March 2017

Kenapa Perlu Posisikan Produk Anda?

Image by iExpats
 
Amira mempunyai impian tinggi. Bercita-cita besar. Beliau bercadang untuk ceburi perniagaan bagi mendapat pendapatan yang lumayan. Disamping itu beliau berniat untuk bantu suami mencukupkan keperluan keluarga.

Murni sungguh niat Amira. Kata Amira beliau perlu pastikan impian ini direalisasikan. Bukan hanya menjadi angan-angan kosong. Amira mula mencari produk untuk diniagakan. Kata Amira , produk yang banyak orang jual adalah produk wanita.

Amira memilih untuk menjual produk wanita.

Amira mula promosi produk tersebut. Setiap pagi dinaikan status-status tawaran. Bermacam-macam tawaran yang diberi. Dengan harapan akan terhasilah jualan. Tapi Amira lupa. Amira lupa yang produk beliau mungkin tidak diketahui prospek. Atau mungkin tiada siapa kenal Amira.

Akibatnya produk tidak terjual. Amira mula putus asa. Amira kecewa. Berapa ramai usahawan-usahawan baru yang tumbuh tidak berganti? Berapa ramai usahawan-usahawan yang hanya menyangkakan bila ramai orang jual, mesti ada orang beli?

Amira lupa bahawa manusia membeli bila dia percaya. Percaya bahawa produk itu dapat memenuhi keinginan besar manusia itu sendiri. Percaya bahawa produk tersebut dapat menyelesaikan masalah manusia itu sendiri.

Untuk meraihkan kepercayaan kita perlu mula posisikan produk kita dengan meluncurkan cerita-cerita yang di sebalik produk itu. Kita perlu mencari cerita yang menjadikan prospek itu sendiri sebagai hero.

Inilah yangAmira kena buat. Inilah yang anda kena buat. Penting untuk posisikan produk. Bagaimana dengan anda? Bagaimana anda posisikan peroduk anda? Cerita apa yang anda posisikan berkaitan produk anda?