Saturday, 18 March 2017

Tahap Kesedaran Prospek Pada Produk Anda Adalah Kunci Terhasilnya Jualan.

Image By Tomasz Bazylinski

Dilla dah faham sekarang. Kenapa tiada sambutan terhadap produk jualan beliau. Dilla juga faham yang status-status menjualnya dalam facebook tidak menjawab siapa sasaran pelanggan. Sekarang baru Dilla faham di mana silapnya.

Bila menjual secara online ada beberapa perkara yang anda perlu tahu. Iaitu tahap kesedaran prospek anda terhadap produk. Adakah prospek kenal anda? Adakah prospek tahu tentang jenama produk anda? Adakah prospek pernah membeli dengan anda?

Itu antara yang anda perlu tahu. Tahap-tahap kesedaran prospek yang anda perlu tahu ada lima. Menurut pakar penulis iklan Eugene Schwartz, kelima-lima tahap kesedaran prospek ini menentukan mesej apa yang anda nak sampaikan.

Jika prospek anda tidak tahu atau kenal dengan anda dan produk anda, mereka tidak akan membeli. Kerana  hubungan tidak wujud  di situ. Dengan kata lain mereka masih belum percaya dengan anda dan produk anda.

Tugas anda adalah rapatkan hubungan tersebut. Bina jambatan antara anda dengan prospek anda. Supaya hubungan tercipta. Apabila hubungan tercipta, terbinalah kepercayaan. Dan anda sebagai orang yang menjual, perlu tukarkan prospek anda dari orang asing kepada sahabat.

Jadi, apa langkah yang perlu anda lakukan sebagai permulaan supaya terbinanya kepercayaan?