Cerita kejayan biasanya brmula dengan kegagalan. Persoalannya kenapa ada yang berjaya dan ada yang gagal. Saya mula berniaga pada tahun 2006. Saya dapat dua projek. Kemudian saya sedar saya tidak ada duit untuk siapkan projek tersebut.
Saya perlu cari jalan.Syarikat yang baru ditubuhkan tidak sampai dua tahun tiada siapa yang nak bantu. Termasuk bank. Saya tidak berputus asa. Perasaan terpaksa menyebabkan saya memaksa diri saya untuk mendapat bantuan kewangan. Samada dengan pelabur individu atau bank.
Akhirnya saya berjaya siapkan projek pada masa yang ditetapkan. Disini saya mula merenung balik apa yang menyebabkan saya berjaya menyiapkan projek tersebut. Faktor tersebut ialah :
a) Jangan putus asa.
b) Paksa diri untuk cari penyelesaian
c) Tidak ada alasan
d) Perlu eratkan silaturahim
e) Rajin bertanya.
f) Berfikir positif
g) Yakin setiap dugaan ada jalan penyelesaianya.
Kenapa ada yang gagal?
a) Apa yang kita hendak tidak terlalu membara.
b) Banyak alasan
c) Menyalahkan orang lain
d) Negatif
e) Tidak fokus
f) Bertangguh
g) Tidak eratkan silaturahim.