Isteri saya kata, macamana hendak berjaya kalau tak disiplin. Kunci kejayaan adalah disiplin. Saya akui , saya termasuk dalam kumpulan tak berdisiplin. Saya nak berjaya kurangkan berat badan, tapi saya tak berdisiplin untuk ikut pelan tindakan saya sendiri. Saya nak duit banyak, tapi saya tak berdisiplin untuk bangun pagi mulakan perniagaan atau buat pemasaran.
Akhirnya saya mula berubah. Saya mula berdisiplin. Saya berjaya untuk menulis, kerana saya disiplin dan patuh pada pelan tindakan saya. Saya juga berjaya untuk bangun solat berjemaah pada waktu subuh, sebab saya disiplin untuk patuh dengan waktu tidur yang saya setkan.
Saya pun macam anda, tidak disiplin. Kurang berdisiplin. Kalau disiplin pun mungkin tidak istiqamah. Apa yang saya buat. Saya buat sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itu yang anda kena buat. Tidak perlu mula banyak, Set pelan tindakan anda dan ikut dengan penuh disiplin.
Contoh anda nak kuruskan badan dengan bersenam. Anda mula berlari setiap petang selama 10 minit. Mungkin untuk selama seminggu. Tak perlu lebih. Walaupun anda rasa anda mampu. Seminggu lepas tu naikan kepada berlari selama 30 minit. Sampai anda selesa.
Yang paling utama disiplin dalam mengikut pelan yang anda telah gariskan. Pada masa yang sama anda rasa gembira.