Thursday, 10 September 2015

Cabaran Urus Emosi Dan Penyelesaianya

Kerja saya adalah mengurus kerja dan orang. Mengurus kerja tidak menjadi masalah. Mengurus orang sangat mencabar. Mengurus orang adalah uruskan emosi. Uruskan emosi orang yang sentiasa tidak puas hati, menyalahkan orang lain, komplen dan macam - macam lagi menyebabkan emosi saya sendiri terganggu. 

Untuk uruskan emosi saya sendiri tiada masalah. Untuk uruskan emosi orang yang hanya berfikir negatif sangat mencabar. Orang yang negatif tidak akan menyalahkan diri sendiri. Mereka akan tetap akan cari ruang untuk salahkan orang lain. Sebagai orang bertanggungjawab uruskan emosi orang saya perlu pandai mendengar tanpa berkata. 

Jika anda menghadapi masalah yang sama dengan rakan sekerja atau staf , apa yang perlu anda buat adalah :

a) Sentiasa fokus pada objektif anda
Anda menyuruh staf anda lakukan sesuatu kerja, tapi apa yang anda dengar hanya komplen. Anda hanya dengar dulu dan selepas staf anda habis bercakap, fokus kembali kepada kerja yang anda suruh staf anda lakukan.

b) Sentiasa bercakap positif pada staf anda.
 Anda tidak perlu fikir dan fokus pada komplen , sebaliknya anda terus bercakap tentang perkara positif. 

c) Jika dia pekerja anda, berhentikan saja.
Jika anda bos, anda perlu lakukan. Tidak perlu meyimpan orang yang sentiasa fokus pada perkara negatif dan kesalahan orang lain. Yang paling penting adalah sikap, bukan kemahiran.