Tuesday, 8 September 2015

Saya Perlu Set Gol!

Saya perlu set gol atau objektif atau matlamat atau apa saja yang anda panggil, anda perlu set gol. Kenapa? Supaya anda tahu kemana anda hendak pergi. Dari mana dan hendak kemana. Tanpa matlamat yang jelas anda akan terkapai-kapai. Mungkin juga tidak produktif. Ramai yang cuba set gol , tapi ramai yang tidak berjaya mencapai gol tersebut. Saya tidak berkecuali.

Saya pun pernah gagal untuk capai matlamat. Bukan sekali tapi banyak kali. Antara sebabnya ialah saya set banyak gol dan cuba capai semuanya secara serentak. Itulah masalahnya. Apa yang anda perlu buat adalah satu-satu. Set satu gol dan fokus untuk mencapainya. Kemudian beralih kepada gol seterusnya. 

Anda tidak akan tertekan dan kecewa. Anda akan sentiasa santai dan yang penting gembira. Cuba fokus sepenuhnya. Saya cuba kongsikan gol yang saya set untuk tahun 2015. Antaranya :

a) Saya mahu sihat dan gembira.
b) Saya mahu berhenti merokok.
c) Saya mahu habiskan penulisan tesis saya.
d) Saya mahu bebas dari hutang
e) Saya mahu tambah pendapatan
f) Saya mahu belajar bahasa arab Al-Quran
g) Saya mahu hafaz Al-Quran.
h) Saya mahu ada banyak masa dengan isteri dan anak-anak.
i) Saya mahu jadikan anak-anak saya al-hafidz
j) Saya mahu pergi umrah bersama isteri dan anak-anak
k) Saya mahu  jadi hamba Allah yang bertakwa.
l) Saya mahu menulis buku.

Gol yang saya set diatas adalah secara spontan dan dari hati. Itu langkah pertama yang perlu anda buat. Langkah seterusnya anda susun mana perlu didahulukan. Langkah ketiga perlu untuk mengenal pasti yang mana lebih penting dan perlu lakukan dahulu. 

Mungkin anda boleh tanya diri anda, kalau tak buat yang ini dulu apa kesannya? Kesan pada anda , kesan pada hidup anda, kesan pada keluarga anda, kawan-kawan anda dan keadaan sekeliling anda.

Sebab itu saya perlu set gol. Untuk tahu kemana saya perlu tuju. Dan anda juga perlu.