Tuesday, 15 September 2015

Kalau Buat Sungguh-Sungguh , Masalah Selesai

Ini dari pengalaman saya. Kalau anda bersungguh-sungguh dan fokus anda boleh capai apa yang anda inginkan. Paling penting perkara yang anda inginkan perlu membara dalam hati . Mungkin anda pernah mengalami situasi dimana anda berjaya selesaikan masalah bila dalam keadaan tertekan.

Anda pelajar yang perlu siapkan tugasan. Anda perlu  hantar esok. Anda belum mula menulis. Anda tertekan. Anda paksa diri anda. anda paksa untuk buat. Anda paksa untuk baca. Anda paksa untuk menulis. Anda terpaksa lupakan perkara lain sehingga lupa untuk makan. Hanya untuk siapkan tugasan anda. Anda tahu jika tak buat anda akan gagal.

Maka dengan keadaan yang sangat terpaksa dan perasaan membara untuk tidak gagal anda berusaha dengan bersunguh - sungguh sehingga siap. Ini yang anda perlukan jika hendak capai satu-satu matlamat. Tanpa  semangat membara untuk capai, bersungguh-sungguh dan fokus anda tidak akan berjaya.

Saya pernah gagal untuk capai matlamat. Bukan sekali tapi banyak kali. Apa yang saya buat selepas banyak kegagalan adalah muhasabh diri. Akhirnya saya dapat satu penyelesaian. Saya tidak perlu fikirkan kejayaan, saya hanya perlu buat sungguh-sungguh dan fokus. Keputusan biar Allah yang tentukan.