Ramai yang akan kecewa apabila terlalu memikirkan kejayaan. Berusaha bersungguh-sungguh tetapi keputusan tidak seperti yang diharapkan. Anda hampa. Anda tertanya-tanya. Setiap persoalan bermain difikiran anda. Bukankah sepatutnya apabila kita berusaha brsungguh-sungguh akan berjaya.
Bukankah itu hukum 'Cause and Effect?'
Anda tak perlu risau memikirkan keputusan. Anda hanya perlu buat sahaja. Usaha saja apa yang anda ingin capai. Tidak perlu susah hati memikirkan keputusan. Yang penting anda usaha. Itu yang saya pelajari dan amalkan. Apabila saya berusaha tanpa memikirkan kejayaan, saya akan berasa sangat tenang. Idea mencurah-curah. Saya akan terus berusaha dan berusaha. Kehidupan menjadi sangat santai.
Hati tidak akan gundah gulana. Peluang akan sentiasa terhidang di depan mata. Jika usaha anda tidak berjaya, anda tukar strategi tapi tetap matlamat yang sama. Apa yang perlu anda perlu buat adalah :
a) Solat mohon kepada Allah
b) Setkan matlamat
c) Buat perancangan
d) Ambil tindakan
e) Doa.
Tidak berjaya? Ulang lagi langkah diatas dengan menukar item c). Itu saja. Santai bukan. Tak perlu kecewa. Mungkin anda rasa saya hanya pandai menulis. Hakikatnya ini lah saya. Saya tidak perlu terkejar-kejar lagi sebab saya yakin Allah yang menentukan segala-galanya.
Tak perlu pikirkan kejayaan, tetapi pikirkan usaha.