Monday, 27 March 2017

Karya Pertama Saya , "PM No Akaun"

Pada bulan Februari 2017 , hasil karya pertama saya diterbitkan di majalah Tunas Cipta terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerpen ini bertajuk "PM No Akaun'. Ianya mengisahkan seorang pelajar berkeluarga bertungkus lumus untuk menambah pendapatan keluarga dengan menjual secara 'online'.

Mungkin anda juga sedang bertungkus lumus cuba menambah pendapatan dalam keadaaan ekonomi yang dikatakan tidak menentu sekarang. Usaha perlu diteruskan walau apa pun situasinya.

Cuma dalam cerpen ini saya cuba tekankan masalah yang sering dihadapi dalam kita cuba mengubah kehidupan. Halangan akan sentiasa ada di depan kita. Cuma cara kita menangani halangan dan cabaran itu sebenarnya menjadi kita maju ke depan.

Dan halangan dan cabaran yang di nukilkan dalam cerpen ini lebih kepada permasalahan biasa-biasa saja. Tapi ianya boleh menjadikan masalah besar jika tidak ditangani dengan baik. Solahudin watak utama dalam cerpen ini yang sepatutnya tanggungjawab nya untuk menyara keluarga terpaksa mencari pendapatan tambahan setelah bergelar pelajar sepenuh masa.

Isteri beliau juga seorang pelajar sepenuh masa. Solahudin tidak mudah putus asa. Jalan penyelesaian perlu dicari. Dia perlu fikirkan bagaimana mahu menambah pendapatan supaya kehidupan keluarga sekurang-kurangnya mencukupi. Halangan yang berlaku perlu diatasi dengan penuh hikmah.

Untuk bacaan lanjut anda boleh baca di majalah keluaran Februari 2017. Sebenarnya hasil karya pertama ini telah buatkan saya lebih bersemangat untuk menulis. Usaha tetap usaha dan kejayaan itu datang dari Allah taala.

Selamat membaca.