Saturday, 21 November 2015

Pelan Tindakan Mudah Untuk Anda Sihat

6 kg dalam Masa 3 Bulan. Boleh Tahan Jugak.

Bila dah kahwin. Malas nak berhias. Biasanya lelaki. Perempuan tidak. Saya pun tidak terkecuali. Sampai satu tahap. Badan dah rasa letih. Baru terfikir nak jaga badan. Banyak kali saya cuba. Banyak kali juga gagal. Gagal disebabkan tiada ilmu. Yang paling besar adalah disebabkan tidak ada soalan "KENAPA?

Gali ilmu untuk kuruskan badan. Cuba produk-produk yang hebat dipasaran. Masih gagal. Akhirnya ....

Saya ubah persepsi. Saya ubah objektif dari fokus kepada kurus. Tukar kepada nak sihat. Nak sihat? Automatik kurus. Kalau anda ada masalah serupa dengan saya. Cuba ubah perkataan nak kurus kepada sihat. In sha Allah usaha untuk kurus anda akan berjaya. Kenapa?

Nak sihat , wajib kurus!!! Itu saja.

Bila dah ubah minda dan set target nak kurus. Secara spontan persoalan akan timbul. Apa langkah yang perlu diambil untuk sihat? Paling penting jaga perut. Banyak penyakit berpunca dari perut. Macamana nak jaga perut? Kena jaga makanan.

Boleh makan semua takda masalah. Janji jangan melampaui batas. Itu yang saya buat. Apa yang saya buat? Kira BMR. Kira DCR. Dapat jawapan. Berapa kalori yang di perlukan sehari untuk kuruskan badan sebanyak 6kg dalam masa 3 bulan.

Senang ajer. Dah dapat ilmu kalori. Cari cara pantas lagi. Pantas untuk menjadikaan anda lebih berstamina dan pada masa yang sama dapat kekalkan berat badan. Disini lah masukan pulak langkah buat aktiviti. Apa-apa ajer aktiviti yang boleh membakar lemak anda. Pada masa yang sama dapat bina otot-otot anda.

Penting!! Otot-otot anda yang terbina akan mengawal dan menjaga badan anda supaya kekal sihat dan kurus. Saya nak ingatkan. Jangan mula secara mendadak. Ramai yang tak berjaya kerana cuba ubah tabiat yang telah bertahun-tahun sebati dalam jiwa dalam masa satu hari. 

Anda akan penat. Mula dengan kira keperluan kalori. Dah dapat kalori yang diperlukan satu hari. Mulakan dengan aktiviti ringan. Apa yang saya buat?

Berjalan kaki selamat 10 minit sehari. Ok? Mulakan sekarang. Semoga anda berjaya.

p.s Nak Pelan Tindakan 6kg dalam masa 3 bulan ? Download percuma ==>> Pelan Tindakan Ringkas

Image credit to Abigail Keenan