Wednesday, 23 September 2015

Ubah Minda Anda Dengan 2 Perkara Kecil Ni dan Lihat Hasilnya



Saya cadangkan dua perkara kecil untuk ubah minda anda. Dua perkara tersebut ialah apabila sesuatu perkara berlaku pada anda samada baik atau buruk, anda hanya perlu ucap alhamdulillah. Bukan hanya di mulut, anda kena rasai perasaan syukur anda dengan hati. Dengan lafaz alhamdulillah serta perlu setkan dalam minda anda perkara yang berlaku ni tiada yang baik atau buruk, ianya memang berlaku.

Ini adalah perkara yang pertama.

Yang kedua ialah berhenti berharap. Bukan hanya 50-50, tapi berhenti berharap 100%. Tak perlu berharap!

Dua perkara kecil yang anda perlu praktikan , in sha Allah bakal merubah hidup anda. 

Kenapa?

Untuk perkara pertama. apabila suatu perkara baik atau buruk  yang berlaku menurut pandangan anda, anda tidak akan mudah terpengaruh dan rasa rendah diri. Ini kerana anda menerima perkara yang berlaku seadanya. Anda dah set dalam minda anda apa-apa yang berlaku, ianya dah ditakdirkan berlaku. Hanya perlu terima seadanya.

Anda tidak perlu lagi untuk menjangkakan akan sesuatu perkara yang berlaku baik atau tidak baik. Anda hanya terima apabila ianya berlaku. Anda sentiasa gembira dan bersemangat walau apa pun yang datang. Samada perkara baik atau buruk yang disebabkan oleh tindakan seseorang atau keadaan.

Ini bermakna anda tidak lagi sedih atau kecewa.

Untuk perkara kedua berhenti berharap. Sesuatu yang anda usahakan atau sesuatu yang datang samada keputusanya baik atau buruk, tidak perlu fokuskan kepada apa keputusannya. Contoh anda buat perniagaan dengan pelan tindakan dan perniagaan yang terbaik. Sudah semestinya anda berharap ianya akan memberikan kejayaan yang besar pada anda. Tetapi apabila ianya tidak seperti yang anda harapkan, anda akan kecewa.

Berhenti berharap. Hanya fokuskan kepada usaha anda. Keputusan disebalik usaha anda adalah kerja Allah taala. Anda akan rasa tenang dan sentiasa bersedia untuk mulakan kembali usaha anda dengan penuh bersemangat.

Buat latihan dibawah sebagai permulaan.
==============================

Pertama
Fikirkan sesuatu baik yang berlaku pada anda sebelum ni. Bagaimana minda anda terkesan dengan perkara yang baik berlaku pada anda. Kemudian fikirkan perkara yang buruk atau tidak baik berlaku pada anda, dan bagaimana anda rasa kesannya pada minda anda.

Kedua

Fikirkan kembali perkara baik dan buruk yang berlaku yang anda fikirkan diatas. Bayangkan dalam minda apa yang berlaku tetap berlaku, tidak perlu klasifikasikan ianya baik atau tidak baik. Terima seadanya. Apa kesan terhadap perasaan anda? Serta tindak balas anda pada sesuatu yang berlaku.

Apabila anda berhenti meletakan suatu perkara yang berlaku itu baik atau buruk , anda tidak lagi rasa terbeban. Anda akan rasa lega. Yang paling penting perkara-perkara yang baik atau buruk yang berlaku pada  anda tidak dapat mempengaruhi emosi anda.

Begitu juga dengan berharap. Anda berharap apa yang anda usaha patut membuahkan hasil. Anda berharap orang lain patut dengar cakap anda. Anda berharap anak-anak anda jadi seperti yang diinginkan. Apabila sesuatu yang anda harap tidak berhasil, anda akan kecewa. Perasaan kecewa yang datang menyebabkan anda sukar berfikir secara rasional. Akibat yang lagi buruk anda terus putus asa.

Jadi berhenti berharap. Fokus kepada usaha anda bukan kejayaan.

Dengan dua perubahan kecil ini yang anda buat akan menjadikan anda lebih bahagia. Apabila kita menghukum sesuatu perkara atau seseorang sebagai baik atau buruk, fikiran kita akan berhenti untuk memahami kenapa sesuatu perkara itu berlaku.Kita telah buat kesimpulan yang mungkin salah atau mungkin juga betul.

Begitu juga berharap, kita akan berhenti berusaha apabila apa yang kita usahakan gagal. Dua perkara kecil yang nampak ringkas tapi boleh menjadikan kita samada berjaya atau gagal. Semuanya terletak pada anda. Ubah minda anda dengan dua perkara ini, in sha Allah, hidup anda akan berubah.


image credit to Louis Blythe