Monday, 13 March 2017
Tiga Soalan Yang Perlu Anda Jawab Sebelum Menjual
Sarah usahawan muda. Cantik dan bergaya. Mempunyai personaliti menarik. Cekal. Bersemangat. Seorang yang tidak mudah putus asa. Sejak habis belajar, Sarah mencari-cari produk apa yang nak dijual. Akhirnya produk kecantikan jadi pilihan.
Sarah mula promosi di facebook. Promosinya bermula dengan tawaran. Kadang-kadang tawaran diskaun, kadang-kadang tawaran istimewa, beli satu percuma satu. Kawan Facebook Sarah tidak ramai. Kebanyakanya kawan-kawan universiti dan sekolah.
Setelah Sarah mencuba beberapa bulan, beliau mula putus asa. Jualan tidak memberangsangkan. Hampir tiada jualan. Sarah buntu. Tidak tahu dimana silapnya.
Bukan Sarah saja hadapi situasi begini. Ramai penjual online baru hadapi masalah yang sama. Terutama apabila menjual produk yang banyak saingan. Cuma ramai diantara mereka lupa untuk bertanya tiga soalan di bawah sebelum menjual produk tersebut.
a) Kenapa jual produk tersebut?
b) Kesedaran prospek tehadap produk tesebut?
c) Dimana kedudukan produk tersebut berbanding produk pesaing?
Jawab soalan diatas, baru anda tahu mesej apa yang perlu disampaikan dulu.
Posted by
Unknown
